MENUJU puncak bukan hanya diidamkan oleh peserta-peserta Akademi Fantasia, rancangan realiti TV yang popular di Astro Ria, tetapi ia juga menjadi idaman sesiapa sahaja yang bercita-cita tinggi, tidak kira sama ada mereka terdiri daripada warga kerja yang makan gaji atau bagi mereka yang bekerja sendiri.
Menuju ke puncak kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai, namun ia bukan pula sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Yang pasti, mereka yang ingin sampai ke puncak harus bekerja keras dan tidak mudah patah semangat walau apa jua aral yang melintang.
Mempunyai kehebatan dari segi akademik semata-mata belum cukup untuk menentukan kejayaan anda di dalam apa jua kerjaya yang anda ceburi. Untuk berjaya, anda perlu mempunyai personaliti yang menyeluruh. Selain kemahiran akademik, anda juga perlu mempelajari kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang di sekeliling, termasuk rakan sekerja, ketua jabatan, pihak pengurusan dan orang awam. Memang kebanyakan kita mula mengasah kemahiran ini setelah beberapa tahun melayari alam kerjaya, yakni setelah mula bergaul dengan rakan sekerja di pejabat dan orang ramai di sekeliling kita.
Namun, di alam kerjaya yang kian mencabar ini, kemahiran berinteraksi perlu diasah di peringkat sekolah, kolej atau universiti. Ini kerana saingan untuk mendapat pekerjaan semakin sengit. Salah satu cara untuk mengasah kemahiran ini ialah dengan mengenepikan sifat malu yang ada pada diri dan beranikan diri untuk berbual dengan orang yang tidak kita kenali. Salah satu sebab mengapa kita malu untuk berkenalan dengan mereka kerana kita tidak tahu apa yang ingin dibualkan kerana kurangnya ilmu pengetahuan kita di dalam sesuatu bidang tertentu. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu banyak membaca buku, akhbar dan majalah ilmu yang boleh mendatangkan manfaat. Sebagai contoh, anda tidak perlu menelaah buku tentang perubatan untuk berinteraksi dengan seorang doktor. Kepekaan anda tentang masalah penyakit yang berlaku di dalam atau luar negara sudah boleh dijadikan topik perbualan dengan doktor yang baru anda kenali.
Bagi pelajar-pelajar kita pula, jika anda berpeluang melanjutkan pelajaran di luar negara, ikutilah nasihat mi. Jangan hanya berkawan dan berkumpul dengan pelajar-pelajar dari Malaysia sahaja. Sememangnya perkara ini memang banyak terjadi di mana pelajar Malaysia tidak mahu bergaul dengan pelajar-pelajar dari negara lain, terutama apabila terdapat ramai pelajar Malaysia di sesebuah universiti tersebut. Sepatutnya anda harus gunakan peluang tersebut untuk berkenalan dengan pelajar-pelajar dari negara lain, bertukar pendapat dengan mereka, pelajari budaya mereka. Pada masa yang sama, membantu mempromosi negara kita. Kebanyakan pelajar kita malu untuk berkawan dengan pelajar bangsa asing kerana tidak yakin
dengan penggunaan bahasa Inggeris dan takut jika diketawakan jika mereka menggunakan broken English. Tetapi itu tidak seharusnya dijadikan alasan. Untuk pengetahuan anda, bukan semua pelajar asing di luar negara boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik. Tetapi mereka berani untuk berinteraksi dan menyuarakan pendapat mereka dan ini yang membezakan pelajar kita dengan pelajar di luar negara.
Walaupun bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda bagi rakyat Malaysia, namun ia boleh dipelajari dan dikuasai dengan baik jika anda benar-benar ingin mempelajarinya. Jika ada golongan rakyat Malaysia yang boleh bertutur bahasa Arab, bahasa Sepanyol, bahasa Mandarin atau bahasa Perancis dengan baik, mengapa pula begitu susah hendak menguasai bahasa Inggeris, walhal bahasa tersebut dipelajari di sekolah-sekolah kebangsaan di negara ini. Bak kata pepatah, Hendak Seribu Daya, Tidak Hendak Seribu Alasan. Jadi, Tepuk Dada, Tanya Selera. (ada bos kat tempat aku tak gheti cakap ongputih, ttp kerek nak mampus)
Kriteria yang perlu ada untuk berjaya di dalam kerjaya:

- Jadi pendengar yang baik. Dengar masalah orang bawahan dan beri nasihat yang bernas, jika perlu
- Ceria selalu dan tidak terlalu serius agar lebih mudah didekati dan bukan ditakuti
- Menghormati setiap peringkat manusia, tidak kira sama ada mereka berpangkat rendah atau tinggi
- Tidak sombong dan tidak meninggi diri, walaupun anda mempunyai kedudukan akademik yang tinggi
- Sanggup menerima kritikan dan berfikiran terbuka
- Sedia menerima pendapat pekerja bawahan asalkan ia boleh membawa kebaikan dan keuntungan kepada jabatan atau organisasi.
- Amanah dan boleh dipercayai untuk menjalankan tugas
- Menjadi contoh yang baik kepada pekerja-pekerja lain. Datang kerja tepat pada waktu dan tidak pernah ponteng kerja
- Menegur pekerja yang membuat silap, tetapi bukan di depan khalayak ramai
- Tidak mudah menggelabah apabila menghadapi sebarang masalah tetapi sabar dan memberi tumpuan untuk mencari jalan penyelesaian.